LAPORAN MAC
TARIKH |
: 5 MAC 2021 |
MASA |
: 2.30 PETANG – 4.30 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (5 ORANG) |
Tujuan
Peserta diperkenalkan dengan aplikasi mewarna secara atas talian. Menguji pengetahuan dan ketangkasan peserta menjawab soalan secara individu. Menguji kefahaman para peserta tentang pembelajaran Matematik dan kira-kira. Memupuk minat para peserta berkunjung ke PIK Gedong dengan adanya aktiviti menarik seperti Kuiz Matematik Online.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan tentang cara bermain permainan kuiz Matematik. Peserta diberikan masa tertentu untuk menjawab setiap soalan yang diberikan. Peserta perlu menjawab soalan dengan cepat dan diuji kemahiran kira-kira. Akhir sekali, peserta yang dapat menjawab dengan tepat dan cepat akan diberikan hadiah oleh pihak PIK Gedong.