LAPORAN MAC

TARIKH

: 15 MAC 2021

MASA

: 2.30 PETANG – 4.30 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG)

 

 

Tujuan

 

Peserta diperkenalkan dengan Klik dengan Bijak dimana peserta dapat mempelajari tentang keselamatan penggunaan internet serta cara menggunakan internet secara bijak. Peserta juga mempelajari tentang peranan ibu bapa dalam mengawasi anak menggunakan internet dan gajet. Penyalahgunaan internet banyak mendatangkan kesan negatif kepada kehidupan masyarakat setempat. Oleh yang demikian, ibu bapa bertanggungjawab memantau anak-anak ketika mereka melayari internet.

 

 

Aktiviti

 

Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang kepentingan mempelajari Klik Dengan Bijak. Tambahan pula, ia adalah inisiatif SKMM dalam melahirkan kalangan masyarakat yang bijak IT dan boleh membezakan kebaikan dan keburukan penggunaan internet pada masa kini. Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara melayari laman web yang betul seperti Klik Dengan Bijak dan menonton video KDB di aplikasi youtube.

 

GAMBAR DI SINI