LAPORAN MAC

TARIKH

: 11 MAC 2021

MASA

: 8.00 PAGI – 5.00 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: WARGA EMAS (2 ORANG)

 

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang kepentingan mempelajari asas komputer. Selain itu, para peserta diajar cara mengenali komponen computer, perisian computer, mengetahui cara penjagaan computer yang betul dan menerokai perisian yang terdapat dalam komputer. Para peserta mempelajari cara menggunakan software Microsoft Word dan Dashboard Komuniti. Mempelajari cara membuat jadual, artikel, memasukkan gambar ke dalam slaid, dan banyak lagi.

 

Aktiviti

Para peserta diajar satu demi satu tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal.  Selain itu, peserta juga diajar cara-cara menggunakan komputer. Disamping itu, para peserta diajar bagaimana cara menggunakan Dashboard Komuniti dan posting pengumuman ke dalam My Komuniti. Peserta mengikuti bengkel yang telah disediakan oleh petugas. Akhir sekali, sesi soal jawab antara peserta dan petugas turut dijalankan di akhir bengkel.

 

GAMBAR DI SINI