TARIKH

: 17 MAC 2021

MASA

: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG)

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Mempelajari tentang laman web untuk pembelajaran dan permainan pendidikan secara atas talian. Peserta mempelajari cara menggunakan laman web crossword puzzle dan diberikan latihan untuk menjawab teka silang kata secara individu. Menguji kemahiran berfikir dan pengetahuan am peserta berdasarkan soalan yang diberikan. Peserta dapat memilih teka silang kata yang mudah sehingga yang paling sukar untuk diselesaikan.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan oleh petugas tentang Teka Silang Kata IT dimana peserta akan diuji minda mereka untuk menyelesaikan masalah dan menyiapkan teka silang kata mengikut masa yang telah ditetapkan. Peserta akan diuji menyelesaikan puzzle mengikut tahap kesukaran masing-masing. Petugas menunjukkan contoh permainan puzzle sebelum peserta bermain permainan crossword puzzle. Sesiapa peserta yang dapat menjawab dengan cepat akan mendapat hadiah. Permainan ini sangat menarik kerana dapat meningkatkan kemahiran berfikir para peserta.

 

GAMBAR DI SINI