LAPORAN MAC
TARIKH |
: 20 MAC 2021 |
MASA |
: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas multimedia dan mempelajari cara membuat suntingan imej produk. Meningkatkan daya kreativiti para peserta sekaligus meningkatkan kemahiran berfikir para peserta dalam menghasilkan sesuatu imej produk yang menarik. Mempelajari cara menyimpan dan mengedit gambar yang dipilih sendiri oleh para peserta.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PIK Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PIK pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan software kepada peserta sebagai rujukan untuk peserta membuat suntingan imej produk. Selain itu, peserta mempelajari asas multimedia. Peserta membuat carian gambar menggunakan Google Search dan klik Images.