LAPORAN APRIL
TARIKH |
: 4 APRIL 2021 |
MASA |
: 9.00 PAGI – 11.00 PAGI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas pembangunan laman web dan diperkenalkan dengan permainan pendidikan yang menguji kemahiran berfikir dan ketangkasan para peserta dalam menyelesaikan puzzle. Melatih peserta menyelesaikan permainan puzzle secara online dengan cepat.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan website pembelajaran kepada peserta bagi penambahan pengetahuan ICT para peserta. Peserta dipandu cara bermain permainan pendidikan jigsaw puzzle online oleh Petugas PI Gedong.