LAPORAN APRIL
TARIKH |
: 6 APRIL 2021 |
MASA |
: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan pengetahuan peserta dalam penggunaan ICT terutamanya dalam mewarna online. Kelas ini diadakan bagi tujuan menguji kemahiran mewarna para peserta sekaligus menarik minat para peserta mengikuti aktiviti yang dianjurkan di PIK Gedong. Selain itu, menambah pengetahuan peserta dalam pendidikan. Mempromosikan PIK Gedong serta meningkatkan keahlian yang sedia ada di PIK Gedong.
Aktiviti
Petugas memberi galakan kepada peserta untuk bermain permainan yang berkaitan dengan pendidikan seperti mewarna online. Selain dapat meningkatkan pengetahuan ICT para peserta sekaligus menarik minat peserta mengikuti aktiviti yang diadakan di PIK Gedong. Peserta juga diperkenalkan dengan laman web coloring yang sesuai mengikut umur para peserta. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.