LAPORAN APRIL
TARIKH |
: 7 APRIL 2021 |
MASA |
: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Mempelajari tentang Microsoft Office Excel. Peserta mempelajari cara membuat senarai nama peserta menggunakan excel, diajar cara membuat table, menukar font, saiz tulisan, mengira jumlah, menukar design table serta menambah table. Meningkatkan kemahiran menaip para peserta.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di Pusat Internet pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Office Excel. Selain itu, peserta mempelajari cara membuat jadual dan menambah pengetahuan mereka dalam excel.