LAPORAN APRIL

TARIKH

: 9 APRIL 2021

MASA

: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG)

 


Tujuan

 

Peserta menggunakan web sebagai sumber pembelajaran. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar permainan pendidikan di atas talian. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet. Mempromosikan aktiviti di PIK Kampung Gedong yang bakal diadakan kepada peserta. Menarik minat peserta dan meningkatkan kesedaran keselamatan penggunaan internet para peserta.

 

Aktiviti

 

Aktiviti ini adalah kesinambungan kelas sebelumnya. Petugas memberi penerangan sekali lagi berkenaan klik dengan bijak. Peserta membuka laman web Interland: Tower of Treasure. Seterusnya peserta mengikut arahan daripada petugas sebelum memulakan permainan tersebut. Permainan ICT tersebut menguji kemahiran berfikir para peserta. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan.

 

GAMBAR DI SINI