LAPORAN MEI
TARIKH |
: 2 MEI 2021 |
MASA |
: 2.30 – 4.30 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (8 ORANG) |
Tujuan
Memberi pendedahan tentang asas laman web dan menggunakan web sebagai sumber pembelajaran. Memperkenalkan Dashboard Komuniti (DK) serta menambah pengetahuan para peserta dalam penggunaan dashboard komuniti. Meningkatkan penguasaan dalam penggunaan dashboard my komuniti dan my soal. Ia sekaligus dapat menarik minat para peserta menggunakan aplikasi Pusat Internet yang sedia ada dan mahir menggunakan dashboard.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan tentang Dashboard My Komuniti dan juga My Soal. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Peserta mempelajari cara membuat aduan atau sebarang cadangan kepada PBT. Selain itu, petugas diajar cara menyimpan dan memasukkan gambar atau video ke dalam dashboard my komuniti. Di samping itu, peserta boleh mengemukakan sebarang idea atau pendapat tentang isu semasa yang berlaku di kampung.