LAPORAN MEI
TARIKH |
: 2 MEI 2021 |
MASA |
: 9 PAGI – 11 PAGI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: DEWASA (5 ORANG) |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ICT para peserta terutamanya dalam Microsoft Office Word. Mengenali komponen yang terdapat dalam Microsoft Office Word. Mempelajari cara menukar jenis dan saiz tulisan. Pelajar turut mempelajari cara membuat underline/garisan pada perkataan. Menjadikan peserta mahir dalam menggunakan Microsoft Office Word. Peserta mempelajari cara membuat surat rasmi dan asas keusahawanan.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan Microsoft Office Word. Peserta dipandu cara menggunakan Microsoft Word. Peserta membuat latihan yang diberikan dengan menggunakan modul pembelajaran yang telah disediakan oleh petugas PIK Gedong. Petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan. Petugas diberi arahan membuat latihan menaip membuat surat rasmi mengikut format yang betul.