LAPORAN MEI 

 

TARIKH

: 19 MEI 2021

MASA

: 2.00 – 4.00 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH (4 ORANG)

 

 

Tujuan

 

Memberi pendedahan tentang Dashboard Komuniti (DK) dan menambah pengetahuan para peserta dalam penggunaan Dashboard Komuniti. Peserta mempelajari cara membuat pengumuman ke dalam Dashboard Komuniti. Mempelajari cara memasukkan gambar dan video ke dalam My Komuniti. Menarik minat peserta menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti. Menarik minat peserta mengikut aktiviti yang dianjurkan di PIK Gedong.

 

 

Aktiviti

 

Petugas memberi penerangan tentang Dashboard My Komuniti serta sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Peserta diarah membuat posting pengumuman ke dalam My Komuniti secara individu. Peserta menggunakan dashboard My Komuniti bagi tujuan berinteraksi bersama ahli PIK yang lain sekaligus mempelajari cara membuat iklan dan pemberitahuan penting kepada komuniti.

 

GAMBAR DI SINI