LAPORAN MEI
TARIKH |
: 21 MEI 2021 |
MASA |
: 2.30 – 4.30 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (5 ORANG) |
Tujuan
Menambah pengetahuan peserta dalam penggunaan komputer terutamanya dalam menggunakan Microsoft Word. Peserta mempelajari cara menggunakan aplikasi Microsoft Word. Menguji kemahiran peserta menggunakan aplikasi Microsoft Word. Menambah pengetahuan keusahawanan dan Celik ICT para peserta. Meningkatkan kemahiran menaip dan penggunaan papan kekunci. Peserta menjadi lebih pandai dan bijak menggunakan komputer.
Aktiviti
Para peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Word. Peserta dipandu cara menggunakan aplikasi Microsoft Office dan diajar cara menukar tulisan, saiz tulisan. Peserta membuat kerja mengikut modul pembelajaran yang disediakan. Meningkatkan kemahiran komputer dan mengisi masa lapang para peserta dengan perkara yang berfaedah. Menambah ilmu pengetahuan ICT peserta.