LAPORAN JUN

TARIKH

: 14 JUN 2021

MASA

: 2.30 – 4.30 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: BELIA DAN DEWASA (5 ORANG)

 

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang kepentingan mempelajari asas keusahawanan. Dengan mempelajari tentang keusahawanan sekaligus dapat menarik minat peserta untuk menceburi diri dalam bidang keusahawanan. Peserta dapat mengenali dunia usahawan dimana pelbagai cabaran dan pentingnya ilmu pengetahuan dalam keusahawanan sebelum memulakan sesuatu bisnes.

 

Aktiviti

Para peserta diberi pengenalan tentang keusahawanan dengan menggunakan slaid pembentangan yang disediakan oleh petugas. Peserta mempelajari secara Google Meet dimana terdapat kekangan COVID-19 yang tidak membolehkan untuk bersua muka tetapi itu tidak menjadi halangan kepada para peserta untuk mempelajari ilmu secara atas talian. Kelas ini bertujuan memperkenalkan asas keusahawanan dan banyak lagi.

 

GAMBAR DI SINI