LAPORAN JULAI
TARIKH |
: 13/29/30/31 JULAI 2021 |
MASA |
: 9.30 PAGI – 12 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: BELIA DAN DEWASA (38 ORANG) |
Tujuan
Memberi pendedahan tentang penggunaan internet yang betul kepada peserta disamping menerapkan nilai – nilai penggunaan internet dengan betul. Mempelajari tentang keselamatan penggunaan internet serta cara menggunakan internet secara bijak. Peserta juga mempelajari cara mengelak terjebak dalam jenayah siber dimana banyak mendatangkan kesan negatif kepada kehidupan masyarakat setempat. Dapat mempelajari Advokasi KDB: Tips Keselamatan TIKTOK untuk ibu bapa / Berita Palsu, Hentikan Penyebaran! / Kebebasan Bersuara bukan Kebebasan untuk berbohong & Check Your Label (CYL)
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang kepentingan mempelajari Klik Dengan Bijak. Tambahan pula, ia adalah inisiatif SKMM dalam melahirkan kalangan masyarakat yang bijak IT dan boleh membezakan kebaikan dan keburukan penggunaan internet pada masa kini. Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara melayari laman web yang betul seperti Klik Dengan Bijak dan menonton video KDB di aplikasi youtube. Peserta mempelajari advokasi KDB secara Group Whatsapp dimana mereka boleh berkongsi idea atau pendapat masing-masing.