LAPORAN JULAI
TARIKH |
: 14 JULAI 2021 |
MASA |
: 2.00 – 4.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: BELIA DAN DEWASA (2 ORANG) |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang kepentingan mempelajari asas keusahawanan. Dengan mempelajari tentang keusahawanan sekaligus dapat menarik minat peserta untuk menceburi diri dalam bidang keusahawanan. Peserta dapat mempelajari asas Shopee, cara membuka akaun Shopee dan pelbagai taktik pemasaran di Shopee. Mempelajari cara menambah pendapatan di Shopee.
Aktiviti
Para peserta mempelajari secara Google Meet dimana terdapat kekangan COVID-19 yang tidak membolehkan untuk bersua muka tetapi itu tidak menjadi halangan kepada para peserta untuk mempelajari ilmu secara atas talian. Kelas ini bertujuan memperkenalkan asas keusahawanan dan memberi tunjuk ajar kepada peserta cara menggunakan Shopee. Modul Shopee dan video penerangan disediakan oleh petugas bagi rujukan para peserta.