LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 6 NOVEMBER 2021 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 3.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEK RENDAH (3 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan pengetahuan peserta dan menambah kemahiran peserta dalam mempelajari Bahasa Mandarin. Menarik minat para peserta untuk berkunjung ke PIK Kampung Gedong dan mengikuti Kelas Tuisyen secara atas talian. Peserta dapat mempraktikkan diri belajar secara Zoom dan lebih mudah faham dengan adanya tunjuk ajar daripada Cikgu yang bertauliah untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta.
Aktiviti
Para peserta diberi modul Kelas Mandarin dan diajar asas Mandarin. Sesi soal jawab antara peserta dan Cikgu turut berlangsung secara atas talian. Para peserta dipandu cara menyebut setiap perkataan dan sebutan yang betul dalam bahasa Mandarin. Kelas ini amat menyeronokkan dan membolehkan para peserta lebih mudah faham dan belajar dengan seronok. Sesi pembelajaran secara atas talian banyak memberi manfaat kepada para peserta.