LAPORAN MEI
TARIKH |
: 6,10,17,24 MEI 2022 |
MASA |
: 2 PETANG - 4 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH |
Tujuan
Mengajar peserta MS Word, fungsi dan kegunaannya. Mengajar pelajar kepentingan komputer dan meningkatkan kemahiran menaip para peserta. Menggalakkan komuniti mengikuti aktiviti yang diadakan oleh pihak PEDi. Menarik minat peserta berkunjung ke PEDi Gedong. Mendedahkan komuniti tentang program dan kelas yang disediakan di PEDi Kampung Gedong. Melahirkan komuniti setempat yang celik IT dan usahawan yang berjaya.
Aktiviti
1) Bengkel Asas ICT : Microsoft Word (Menaip Artikel Kebaikan Internet kepada masyarakat)
Peserta diperkenalkan dengan perkakasan komputer. Mengenali komponen komputer dan mencari maklumat tentang perisian komputer. Menaip menggunakan MS Word. Menyimpan dan memasukkan dokumen ke dalam fail.
2) Microsoft Office Word: Smart Art (Membuat Carta dan memasukkan gambar ke dalam carta)
Peserta diperkenalkan dengan Smart Art. Mempelajari fungsi dan cara penggunaan aplikasi tersebut. Mempelajari cara menggunakan perisisan tersebut. Membuat carta mengikut modul yang disediakan petugas.
3) Bengkel Asas ICT : E-Pembelajaran (Coloring)
Peserta diperkenalkan dengan laman web mewarna. Mempelajari fungsi dan cara penggunaan aplikasi tersebut. Mempelajari cara menggunakan perisisan tersebut. Mewarna secara individu mengikut kreativiti para peserta.
4) E-Learning: Quizzes Online
Peserta diterangkan laman web online. Mempelajari cara menjawab soalan secara atas talian. Sesi soal jawab dengan petugas.