LAPORAN OGOS

TARIKH

: 26-28 OGOS 2022

MASA

: 9.00 PAGI - 5.00 PETANG

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: KOMUNITI GEDONG

 

Tujuan

Memberi pendedahan tentang asas pembangunan web. Meningkatkan tahap penguasaan & pendedahan computer. Mempromosikan aktiviti di PEDi Kampung Gedong yang bakal diadakan kepada peserta. Memberikan ilmu pengetahuan kepada peserta tentang kemahiran usahawan. Pendedahan mengenai Youtuber dalam kalangan belia untuk menjadikan Youtube sebagai sumber pendapatan. Membimbing belia untuk menjadi content creator di youtube. Menambah ahli baharu PEDi & menarik minat belia dalam platform digital (youtube)

 

Aktiviti

Bengkel Videografi YouTube sempena Program Komuniti@FINAS (KOFI) Sarawak Anjuran FINAS dengan Kerjasama Cahaya Educational And Training Academy (CETA) yang telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI) Kg. Gedong yang telah dirasmikan oleh YM Raja Khairul Azman Bin Raja Abdul Karim, Pengarah Pembangunan Industri FINAS. Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada belia-belia dari Daerah Gedong, Sarawak telah menghadiri bengkel ini yang telah diadakan selama 3 hari mulai 26 - 28 Ogos 2022. Turut hadir Pengarah FINAS Borneo, Encik Mohamad Rizal Bin Mohamed Yunus, Ketua Penolong Pengarah FINAS Sarawak, Encik Maffizan Bin Saupie, Ketua Cawangan Pelesenan dan Penguatkuasa Sarawak, Encik Zulkurnanin Bin Hassan, Pengarah Cahaya Educational & Training Academi (CETA), Encik Sazali Bin Abdul Rahman dan pegawai-pegawai FINAS.