LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 4 NOVEMBER 2022 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 4.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: BELIA |
Tujuan
Mempromosikan PEDi Kampung Gedong serta menambah keahlian PEDi Kampung Gedong sedia ada. Menarik minat para belia mengikuti kelas yang dianjurkan di PEDi Kampung Gedong. Menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam penggunaan CANVA. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta membuat resume mengikut format yang betul. Mengajar peserta menggunakan CANVA serta mengetahui fungsinya.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara menggunakan CANVA mengikut langkah-langkah yang diberikan. Petugas menyediakan modul pembelajaran kepada para peserta sebagai rujukan untuk membuat latihan. Seterusnya, petugas akan memberi arahan dan memberi penerangan cara menggunakan CANVA. Peserta membuat Resume mengikut buku modul pembelajaran yang diberi. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.