LAPORAN JANUARI

 

TARIKH

: 13 JANUARI 2023

MASA

: 3.00 PETANG - 4.00 PETANG

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH

 

Tujuan

 

Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta terutamanya dalam permainan pendidikan iaitu Jigsaw Puzzle Online. Peserta diuji kemahiran menyelesaikan masalah dimana mereka perlu mencantum kepingan puzzle menjadi satu imej yang lengkap. Menguji kecekapan dan kepantasan para peserta. Menarik minat para peserta untuk berkunjung ke Pusat Ekonomi Digital Gedong.

 

Aktiviti

 

Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian komputer, dipandu cara bermain puzzle menggunakan link jigsaw puzzle yang diberitahu oleh petugas. Para peserta mendengar setiap arahan yang diberikan oleh petugas. Peserta memulakan aktiviti tersebut secara individu. Sesi soal jawab antara petugas dan para peserta. Peserta bermain jigsaw puzzle mengikut masa yang ditetapkan.

 

GAMBAR DI SINI