Laporan April – Advokasi KDB (Berkongsi Maklumat Di Internet), E-Learning (Science for Kids: Earth) & Multimedia (Gambar)

 

Tarikh

: 5 April  2019

Masa

: 2.00 petang – 5.00 petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 7 orang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna tentang risiko berkongsi maklumat peribadi kepada rakan atau teman di media sosial. Peserta dilatih supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan internet. Seterusnya, peserta diajar tentang kehidupan sains dan teknologi melalui e-pembelajaran (science for kids). Kelas Multimedia pula para peserta diajar tentang gambar, cara mengedit, menyimpan gambar ke dalam folder atau file yang telah disediakan.

 

Aktiviti

Petugas menyediakan tayangan video KDB kepada para peserta. Seterusnya, peserta melihat tayangan video KDB dan penerangan slaid pembentangan yang disediakan oleh petugas PI. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta. Peserta dipandu cara membuka laman web e-learning tentang sains dan teknologi. Latihan sampingan para peserta menjawab kuiz di laman web yang telah dibuka. Akhir sekali, para peserta belajar membuat suntingan imej dan mendapatkan gambar dari Google Images.