Laporan April – Dashboard Komuniti (My Shop), Latihan Keusahawanan : Latihan Asas Media Baru (Facebook) & Perniagaan Secara Online (My Shop)
Tarikh |
: 7 April 2019 |
Masa |
: 9.00 pagi – 12.00 tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 8 orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memberi pengenalan bagaimana hendak menggunakan aplikasi dashboard komuniti kepada ahli PI. Memberi penerangan tentang kebaikan dan fungsi aplikasi dasbhoard komuniti kepada komuniti yang sudah mendaftar sebagai ahli PI Kg Gedong. Mempromosikan tentang info semasa yang berkaitan dengan Dashboard komuniti PI yang sedang dijalankan. Memberi kesedaran kepada ahli PI pentingnya komunikasi media digital seperti aplikasi dashboard komuniti. Meningkatkan kemahiran keusahawanan para peserta dalam mempromosi produk secara atas talian.
Aktiviti
Aktiviti kelas dimulai dengan memberi sesi pengenalan tentang apa itu dashboard kepada ahli PI yang terlibat. Kemudian para peserta diajar satu persatu tentang modul-modul yang terdapat didalam dashboard komuniti seperti info mykomuniti, myhealth, myskool, mysoal dan myshop. Para peserta menerokai modul-modul yang terdapat didalam dashboard komuniti dan sekaligus diperkenalkan dengan laman web Facebook dan My Shop bagi tujuan promosi produk para peserta.