Laporan April – Dashboard Komuniti (My Komuniti), Latihan Keusahawanan: DIY membuat Origami & Latihan Menaip Pantas
Tarikh |
: 10 April 2019 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 9 orang |
Tujuan
Memperkenalkan Dashboard Komuniti kepada para peserta. Seterusnya, melatih kemahiran keusahawanan para peserta seperti membuat origami merujuk kepada video daripada sumber youtube. Melatih kemahiran menaip para peserta dan menguji kepantasan menaip para peserta mengikut masa yang diperuntukkan tanpa kesalahan ejaan. Menambah pengetahuan dalam penggunaan dashboard komuniti serta mahir dalam membuat pengumuman di dalam dashboard komuniti iaitu My Komuniti.
Aktiviti
Petugas memulakan kelas dengan memberi penerangan berkenaan dashboard komuniti. Seterusnya, peserta mendengar arahan daripada petugas untuk membuka laman web dashboard komuniti dan diajar cara posting pengumuman di dalam My Shop. Seterusnya, peserta diuji kemahiran membuat sesuatu produk iaitu origami dengan adanya rujukan video dari youtube. Akhir sekali, para peserta membuat latihan menaip secara pantas dengan melayari link yang telah disediakan oleh petugas.