Laporan April – Dashboard Komuniti (My Shop), Latihan Keusahawanan (Microsoft Word) & Multimedia (Suntingan Imej)

 

Tarikh

: 11 April  2019

Masa

: 2.00 petang – 5.00 petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 7 orang

 

Tujuan

Latihan keusahawanan ini adalah bertujuan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada para peserta yang mempunyai perniagaan sendiri untuk mempelajari bagaimana hendak menghasilkan sebuah gambar yang menarik untuk produk mereka. Selain itu juga, tujuan latihan ini dijalankan agar para peserta menjadi mahir menggunakan komputer sebagai asas teknologi dalam pemasaran produk mereka. Di samping dapat menimba ilmu akan penggunaan ICT, latihan keusahawanan ini juga adalah untuk mendekatkan mereka dengan Pusat Internet Kampung Gedong.

 

Aktiviti

Para peserta diminta membuka laman web dashboard komuniti dan diberi penerangan tentang modul My Shop. Seterusnya, peserta dipandu cara untuk membuat suntingan imej supaya produk mereka Nampak lebih cantik dan menarik. Seterusnya, peserta diajar cara menggunakan Microsoft Office Word, diajar cara memasukkan gambar ke dalam Word dan belajar cara mengedit serta menukar saiz tulisan. Peserta mempelajari Multimedia, Dashboard Komuniti dan juga Microsoft Office Word. Modul disediakan oleh Petugas PI Kampung Gedong.