Laporan April – Advokasi KDB (Kecurian Identiti) & Dashboard Komuniti (My Komuniti)
Tarikh |
: 13 April 2019 |
Masa |
: 2.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 15 orang |
Tujuan
Mempromosikan PI Kampung Gedong. Menambah keahlian PI sedia ada. Memberi kesedaran penggunaan internet kepada para peserta. Melatih peserta Celik IT dan bijak ketika melayari laman web di internet. Menambah pengetahuan peserta dalam penggunaan dashboard komuniti. Dapat memberi tunjuk ajar kepada para peserta cara menggunakan dashboard komuniti dan cara membuat posting di dalam My Komuniti. Menarik minat para peserta ke PI Kampung Gedong.
Aktiviti
Para peserta menyaksikan tayangan video KDB seperti yang disyorkan oleh Pihak SKMM. Para peserta menonton video tentang kecurian identiti dan penerangan slaid daripada petugas berkenaan bahaya kepada individu apabila identiti diketahui dan disalahgunakan. Seterusnya, para peserta diminta membuka laman web youtube berkenaan kecurian identiti. Akhir sekali, penerangan daripada petugas tentang modul dashboard komuniti (My Komuniti).