Laporan April – Advokasi KDB (Cyber Grooming: Cyber Safe) & Latihan Keusahawanan (Shopee)

 

Tarikh

: 15 April  2019

Masa

: 9.00 pagi -12.00 tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 5 orang

 

Tujuan

Advokasi KDB ini memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT kepada para peserta sekaligus menjadi panduan keselamatan kepada para pengguna terutamanya para wanita. Disamping itu, tujuan kelas ini diadakan adalah agar para peserta PI Kampung Gedong memanfaatkan keahlian mereka dengan baik dan berguna. Kelas ini juga bertujuan untuk mendekatkan ahli PI dengan PI Kg Gedong. Memperkenalkan laman web perniagaan sebagai sumber rujukan untuk memulakan sesuatu perniagaan. Mempelajari cara menggunakan laman web shopee sebagai sasaran untuk menjana pendapatan. Menarik minat para wanita berkunjung ke PI Kampung Gedong.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan oleh petugas PI berkenaan cyber grooming melalui slaid pembentangan dan juga tayangan video KDB. Seterusnya, petugas membuat sesi soal jawab dengan para peserta. Selepas itu, para peserta diperkenalkan dengan Shopee dimana laman web yang sesuai untuk para peserta mengembangkan perniagaan. Para peserta mempelajari keusahawanan daripada petugas sekaligus mempelajari cara mempromosikan produk secara atas talian. Peserta juga diajar cara membeli produk secara atas talian.

 

Gambar Di Sini