Laporan April – Dashboard Komuniti (Posting Pengumuman Dalam My Komuniti), E-Learning (Mewarna Online & Kuiz Online)

 

Tarikh

: 16 April  2019

Masa

: 2.00 petang – 5.00 petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 8 orang

 

Tujuan

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan pendidikan secara online kepada pelajar ahli PI Kg Gedong. Program e-learning ini sangat membantu meningkatkan ilmu kemahiran para pelajar dengan lebih mencabar dan efektif secara online. Program e-learning ini juga memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT kepada para pelajar pada masa kini. Disamping itu, posting pengumuman dalam My Komuniti dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara komuniti setempat dan berkongsi maklumat mengenai pendidikan.

 

Aktiviti

Para pelajar diberi penerangan tentang e-learning terlebih dahulu oleh petugas PI. Kemudian mereka akan belajar menggunakan laman web tersebut iaitu www.coloringpages4u.com dan menerokai dengan lebih terperinci permainan pendidikan yang ada terdapat didalam laman web tersebut. Secara keseluruhannya, aktiviti sebegini amat baik kepada pelajar kerana dapat mendedahkan mereka dengan sistem pembelajaran secara online yang amat menyeronokkan dan boleh menarik minat mereka untuk lebih fokus kepada subjek-subjek pembelajaran yang lebih mencabar minda pada masa kini.