Laporan April – Advokasi KDB (Online Predator), E-Learning (Mewarna Online) & Dashboard (My Soal)
Tarikh |
: 20 April 2019 |
Masa |
: 2.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 8 orang |
Tujuan
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk menambah pengetahuan keselamatan pengguna sekaligus meningkatkan kesedaran dalam diri peserta tentang bahayanya jenayah siber yang semakin meluas pada zaman kini. Selain itu, meningkatkan ICT para peserta yang mengikuti kelas di PI Kampung Gedong. Meningkatkan kemahiran mewarna para peserta dalam menggunakan aplikasi digital online. Di Samping itu, menjadikan peserta mahir dalam menggunakan dashboard komuniti serta mengetahui fungsi yang terdapat dalam dashboard komuniti (My Soal).
Aktiviti
Petugas menyediakan slaid pembentangan dan tayangan video KDB tentang penipuan kewangan yang semakin berleluasa. Petugas memberi penerangan berkenaan online predator dimana mangsa yang sering terkena adalah mereka yang kurang pengetahuan dalam keselamatan penggunaan internet. Oleh itu, peserta didedahkan dengan KDB (Klik Dengan Bijak) dimana pelbagai input dan info berguna yang dapat mereka perolehi dengan mengikuti kelas ini. Seterusnya, peserta dipandu cara membuat aduanke dalam My Soal serta mengikuti aktiviti sampingan mewarna secara atas talian.