Laporan April – Latihan Keusahawanan: Santai Ceria Bersama Tupperware
Tarikh |
: 26 April 2019 |
Masa |
: 2.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 11 Orang |
Tujuan
Mempromosikan aktiviti di PI Kampung Gedong yang bakal diadakan kepada peserta, memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI Kampung Gedong. Memberikan ilmu pengetahuan kepada peserta tentang kemahiran usahawan yang ada pada seseorang usahawan. Memberi peluang kepada para usahawan untuk mempromosikan produk-produk mereka kepada komuniti tempatan. Memberi demonstrasi Tupperware dan taklimat keselamatan penggunaan internet kepada peserta. Meningkatkan kemahiran keusahawanan para peserta program.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas keusahawanan serta kemahiran keusahawanan untuk menambah pengetahuan peserta. Peserta diperkenalkan dengan Klik Dengan Bijak (KDB), bagaimana menggunakan internet sebagai medium pembelajaran dan mendapatkan maklumat sahih sesuatu produk yang berkualiti. Usahawan Tempatan membuat Demonstrasi Tupperware kepada para peserta. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan.