Laporan Mei – Advokasi KDB (Klik Dengan Bijak) & Dashboard Komuniti (My Komuniti)

 

Tarikh

: 4 Mei 2019

Masa

: 2.00 petang – 5.00 petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 Orang

 

Tujuan

Melatih peserta kemahiran asas komputer, menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam menggunakan komputer sebagai medium pembelajaran. Di samping itu, aktiviti klik dengan bijak melatih para peserta tentang penggunaan internet yang betul, tips keselamatan dalam menggunakan internet dan risiko yang akan dihadapi para peserta secara atas talian. Di samping itu, aktiviti dashboard komuniti menarik minat peserta dalam menggunakan aplikasi dashboard (My Komuniti). Melatih peserta menjadi mahir menggunakan dashboard komuniti.

 

Aktiviti

Peserta mengikuti kelas Advokasi KDB berkenaan Klik Dengan Bijak seperti yang disyorkan oleh Pihak SKMM. Dalam kelas ini, peserta mengikuti tayangan video berkenaan klik dengan bijak serta penerangan daripada petugas dengan menggunakan slaid pembentangan. Dalam kelas ini sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan. Dengan mengikuti advokasi tersebut, peserta dapat mencegah diri daripada menjadi mangsa jenayah siber. Melalui kelas dashboard komuniti pula, peserta mempelajari cara membuat pengumuman dalam dashboard komuniti (My Komuniti) serta mengetahui fungsinya.