Laporan Mei – Advokasi KDB (Mobile E-Waste), Dashboard Komuniti (My Komuniti) & (My Soal)

 

Tarikh

: 5 Mei 2019

Masa

: 2.00 petang – 5.00 petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 Orang

 

Tujuan

Memberi kesedaran penggunaan internet di kalangan peserta serta memberitahu cara melupus smartphone lama yang tidak boleh diguna pakai lagi dengan cara yang betul. Memberi kesedaran cintai alam sekitar kepada pengguna melalui Avokasi KDB (Mobile E-Waste). Meningkatkan pemahaman peserta tentang dashboard komuniti iaitu My Komuniti & My Soal. Meningkatkan kemahiran para peserta dalam penggunaan dashboard serta menggalakkan peserta berinteraksi dalam My Komuniti. Meningkatkan keahlian PI Gedong sedia ada.

 

Aktiviti

Petugas menerangkan kepada peserta menggunakan slaid pembentangan yang disyorkan SKMM berkenaan Mobile E-Waste. Petugas memberi penerangan kepada peserta berkenaan klik dengan bijak dan tayangan video. Selepas itu, para peserta mengikuti kelas dashboard komuniti dimana para peserta diperkenalkan dengan modul my komuniti dan my soal. Para peserta dipandu cara untuk membuat pengumuman dalam My Komuniti dan Membuat Aduan kepada Pihak PBT. Sesi soal jawab di antara petugas dan peserta turut dijalankan di akhir aktiviti.