Laporan Mei – Advokasi KDB (Ketagihan Internet) & Program Membaca Bersama Komuniti (Program Kerjasama Dengan Perpustakaan Desa Gedong)

 

Tarikh

: 6 Mei 2019

Masa

: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 30 Orang

 

Tujuan

Melatih peserta menggunakan internet dengan aktiviti yang berfaedah. Memberi kesedaran kepada pengguna tentang risiko ketagihan internet dan tips keselamatan bagi mencegah berlaku ketagihan internet. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI Kampung Gedong. Mempromosi aktiviti PI dan menambah keahlian PI sedia ada. Meningkatkan silaturrahim petugas PI Kampung Gedong dengan komuniti tempatan. Memupuk minat para peserta rajin membaca dan seterusnya mengisi masa lapang peserta dengan perkara yang berfaedah. Meningkatkan pengetahuan celik IT dan menimba ilmu pengetahuan dengan membaca.

 

Aktiviti

Peserta menyaksikan tayangan video KDB dan slaid pembentangan yang disyorkan oleh SKMM. Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang keburukan ketagihan internet dan salah guna internet. Petugas memberi penerangan cara penggunaan internet yang betul. Sesi soal jawab antara peserta dan petugas. Petugas seterusnya, bekerjasama dengan pihak perpustakaan dalam menjalankan program membaca dimana para peserta membaca artikel, jurnal dan buku-buku yang berkaitan dengan pendidikan. Peserta turut membaca buku berkaitan isu semasa dan tentang sejarah Malaysia.