Laporan Mei – Advokasi KDB (Tidak Pasti Jangan Kongsi) & Pengenalan Website (Gmail)
Tarikh |
: 7 Mei 2019 |
Masa |
: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 7 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna menggunakan internet secara bijak dan lebih berhati-hati. Melalui kelas KDB, para peserta dapat melatih diri supaya tidak berkongsi maklumat peribadi sebarangan bagi mengelak diri menjadi mangsa sindiket penipuan di internet. Selain itu, kelas pengenalan website bertujuan memperkenalkan gmail kepada para peserta dan mengajar para peserta menggunakan akaun gmail. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta dan memberi kesedaran kepada peserta supaya tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih di internet.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta berkenaan klik dengan bijak dan tayangan video diadakan. Peserta menerangkan kepada peserta menggunakan slaid pembentangan yang disyorkan SKMM. Para peserta bersoal jawab dengan petugas berkenaan isu maklumat palsu di internet dan bagaimana mendapatkan maklumat dari sumber yang betul. Para peserta seterusnya dipandu cara membuat akaun gmail bagi urusan pencarian kerja mahupun urusan peribadi yang memerlukan akaun gmail sebagai pengantaraan bagi menghantar maklumat kepada peserta terbabit.