Laporan Mei – Advokasi KDB (Check Your Label) & Latihan Keusahawanan: Publisher (Membuat Kad Hari Guru)
Tarikh |
: 8 Mei 2019 |
Masa |
: 2.00 petang – 4.30 petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 10 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengguna supaya lebih bijak ketika membeli barang dan memastikan barangan elektrik yang dibeli mempunyai logo SIRIM. Selain itu, menjadikan pengguna bijak berbelanja dan pengguna dapat membezakan mana satu produk original ataupun tiruan. Menambah pengetahuan ICT peserta dalam kemahiran keusahawanan dimana para peserta dipandu cara untuk membuat Kad Hari Guru. Kad yang siap dibuat boleh dijual kepada kawan-kawan bagi pelajar yang ingin menjana pendapatan sampingan.
Aktiviti
Petugas menyediakan slaid pembentangan berkenaan Check Your Label serta tayangan video KDB seperti yang disyorkan oleh Pihak SKMM. Seterusnya, para peserta menonton tayangan video dan diminta untuk membuka laman web google mencari produk yang mempunyai logo SIRIM. Peserta perlu bijak membezakan produk yang berkualiti mahupun produk cetak rompak. Selepas memahami kebaikan menyemak label produk sebelum membeli, peserta membuat aktiviti sampingan membuat kad. Sempena Hari Guru yang bakal tiba, para peserta diajar cara membuat kad menggunakan Microsoft Office Publisher.