Laporan Mei – Advokasi KDB (Penipuan Online: Resit Palsu) & Latihan Keusahawanan: Pengenalan Microsoft Excel
Tarikh |
: 12 Mei 2019 |
Masa |
: 2.00 petang – 4.30 petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 5 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memupuk minat peserta agar mengikuti kelas di PI serta memberi pendedahan kepada komuniti tentang kewujudan PI Kampung Gedong. Di samping itu, aktiviti dan kelas dianjurkan PI bertujuan memberi kesedaran kepada para peserta memanfaatkan kemudahan internet dengan perkara yang berfaedah. Ia sekaligus menambah keahlian PI Kampung Gedong sedia ada.Mendidik peserta untuk menjadi penguna internet yang bijak. Peserta juga diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Excel di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Excel.
Aktiviti
Peserta diajak menonton video KDB berkenaan ‘Penipuan Online”. Petugas memberi penerangan kepada para peserta berkenaan jenis penipuan yang berlaku dan sindiket penipuan di dunia siber yang sering mencari mangsa di internet. Petugas menasihati peserta supaya tidak terjebak dengan penipuan kewangan dan lebih berhati-hati ketika menggunakan internet terutama yang melibatkan sejumlah wang. Aktiviti sokongan, peserta diperkenalkan Microsoft Office Excel. Selepas itu, peserta membuat aktiviti latihan Microsoft Excel dan diterangkan fungsi Microsoft Excel. Peserta dipandu cara untuk menggunakan table, aligment, dan shading.