Laporan Mei – Pengenalan Web (Google), Dashboard (My Soal) & Multimedia (Save Images)
Tarikh |
: 14 Mei 2019 |
Masa |
: 9.00 pagi – 12.00 tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 10 Orang |
Tujuan
Memupuk kemahiran penguasaan computer para peserta. Memperkenalkan dashboard komuniti kepada para peserta serta fungsi. Menguji tahap penguasaan pelajar dalam menggunakan teknologi. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet. Mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta. Menambah pengetahuan peserta dalam menggunakan dashboard My Soal. Meningkatkan pengetahuan peserta tentang ICT. Pembangunan Asas Laman Web, pengenalan Google dan “Save Images”.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan berkaitan teknologi dan multimedia kepada peserta. Peserta dipandu cara membuka laman web Google, menyimpan gambar ke dalam fail. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta. Seterusnya, peserta menonton slaid berkenaan dashboard komuniti (My Soal). Akhir sekali, petugas memberi penerangan bagaimana membuka laman web My Soal. Para peserta mengikuti arahan yang diberikan. Peserta membuat latihan dashboard mengikut arahan daripada petugas.