Laporan Mei – Advokasi KDB (Check Your Label) & Microsoft Office Word (Latihan Menaip Karangan)
Tarikh |
: 15 Mei 2019 |
Masa |
: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 4 Orang |
Tujuan
Meningkatkan kesedaran keselamatan penggunaan internet para peserta. Mempromosikan aktiviti di PI Kampung Gedong yang bakal diadakan kepada peserta serta menambah keahlian yang sedia ada. Menguji pemahaman para peserta dalam memilih atau membeli produk yang berkualiti ataupun tidak. Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta dalam bijak membeli sesuatu produk di kedai mahupun membeli secara atas talian. Selain itu, meningkatkan pengetahuan MIcrosoft Office para peserta serta meningkatkan kemahiran menaip para peserta PPKI.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan berkenaan klik dengan bijak iaitu Check Your Label. Peserta diajar bagaimana membuka laman web SIRIM untuk menyemak label sesuatu produk. Seterusnya peserta mengikut arahan daripada petugas dan memahami maklumat yang disalurkan kepada para peserta. Program Klik Dengan Bijak menguji kemahiran berfikir para peserta dalam membezakan produk yang original ataupun cetak rompak. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Setelah habis KDB, para peserta membuat latihan menaip karangan bagi meningkatkan pengetahuan ICT para peserta PPKI.