Laporan Mei - Advokasi KDB (Internet Safety), Latihan Keusahawanan (Gmail) & Website (Portal Tabung Baitulmal Sarawak)
Tarikh |
: 16 Mei 2019 |
Masa |
: 2.00 Petang – 4.30 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 8 orang |
Tujuan
Memberikan ilmu pengetahuan kepada perserta tentang kemahiran usahawan yang ada pada seseorang usahawan seperti membuat akaun Gmail untuk sesuatu urusan perniagaan. Mendidik peserta agar menjadi pengguna internet yang bijak dan bertanggungjawab. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI Kampung Gedong dan aktiviti yang diadakan di PI. Peserta diterangkan mengenai asas keusahawanan. Selain itu, peserta dipandu cara membuat permohonan bantuan kewangan kepada Baitulmal Sarawak bagi tujuan menyambung pelajaran dan sebagainya. Mendedahkan website yang berguna kepada para peserta yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti ataupun Pra U. Meningkatkan ciri keselamatan pengguna internet.
Aktiviti
Peserta diberikan taklimat usahawan perniagaan mengenai asas usahawan dan ciri-ciri usahawan yang berjaya. Mengajar cara untuk membuka akaun Gmail. Mendidik peserta untuk mematuhi dan menjadi penguna internet yang bijak. Mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta. Membimbing para peserta mengisi borang permohonan bantuan secara atas talian. Petugas juga memberi penerangan berkenaan cara mengisi maklumat yang betul dan dokumen apa yang perlu disediakan. Seterusnya, peserta juga melihat video showing Klik Dengan Bijak yang berkaitan Keselamatan Penggunaaan Internet. Ia bertujuan menarik minat para peserta pergi ke PI Kampung Gedong kerana pelbagai info dapat diperolehi mengenai keselamatan internet.