Laporan Mei - Advokasi KDB (Cyber Bully) & E-Pembelajaran (Kuiz Interaktif Islam Online)

 

Tarikh

: 17 Mei 2019

Masa

: 2.00 Petang – 4.30 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan 

 

Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar tahap ICT yang telah mereka pelajari. Memperkenalkan website yang berguna sebagai sumber pendidikan kepada pelajar sekolah. Meningkatkan kefahaman dalam Islam serta pengetahuan am apa yang dipelajari peserta di sekolah. Mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta. Memberi galakan kepada peserta dan memupuk minat belajar dalam diri peserta. Peserta boleh menjawab kuiz interaktif Islam secara individu. Peserta dipandu cara untuk menjawab soalan kuiz secara atas talian. Selain itu, para peserta menyaksikan tayangan video dan penerangan daripada petugas berkenaan buli siber terhadap pelajar sekolah. Mengelak gejala buli merebak di dalam sekolah mahupun di luar sekolah.

 

Aktiviti

Petugas menyediakan slaid pembentangan serta tayangan video KDB berkenaan gejala buli kepada para peserta. Seterusnya, para peserta mendengar dengan teliti penerangan yang disampaikan oleh petugas PI Gedong. Sesi soal jawab turut dijalankan sepanjang Advokasi KDB dijalankan. Aktiviti sampingan para peserta ialah mereka diminta membuka laman web mengikut link yang telah diberika oleh petugas. Para peserta diuji kemahiran berfikir dimana mereka perlu menjawab soalan Kuiz Interaktif Islam secara online dan tanpa bantuan rakan yang lain. Di akhir kelas, para peserta akan mengetahui tahap kebijaksanaan mereka menjawab soalan dimana markah akan dipaparkan di skrin. Aktiviti ini sangat berguna bagi menarik minat peserta berkunjung ke PI Gedong.

 

Gambar Di Sini