Laporan Mei - Advokasi KDB (Cyber Stalking) & Multimedia: Photo Editor (PIXLR)
Tarikh |
: 18 Mei 2019 |
Masa |
: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 8 orang |
Tujuan
Penerapan KDB (Cyber Stalking) dan pendedahan kepada Multimedia, disamping mempromosikan aktiviti di PI Kampung Gedong yang bakal diadakan pada masa akan datang. Meningkatkan kesedaran penggunaan internet serta menerapkan nilai tanggungjawab dalam diri peserta ketika menggunakan internet. Selain itu, memperkenalkan Multimedia kepada para peserta serta fungsi Multimedia. Menerangkan apa itu grafik dan bagaimana membuat editing gambar dengan menggunakan software Photo Editor (PIXLR). Peserta mempelajari cara memasukkan gambar, menukar font tulisan dan mencantikkan gambar menggunakan icon serta design yang terdapat dalam template yang disediakan. Di samping itu, peserta dapat membuat kerja kursus yang menggunakan Multimedia serta menarik minat para peserta ke PI Gedong.
Aktiviti
Peserta diperkenalkan dengan perkakasan komputer dan Internet. Selain itu, peserta turut di perkenalkan dengan KDB (Klik Dengan Bijak), dimana peserta diajar cara untuk mengehadkan perkongsian maklumat di media sosial dan cara untuk mengatasi masalah jika terlibat dengan Cyber Stalking. Peserta menonton tayangan video KDB berkenaan Cyber Stalking. Peserta dinasihatkan berwaspada selalu ketika melayari internet. Peserta juga didedahkan dengan Multimedia. Petugas membimbing peserta menggunakan aplikasi PIXLR. Para peserta mengikut arahan daripada petugas PI Gedong. Setelah mengetahu cara menggunakan aplikasi tersebut, peserta diminta membuat latihan yang disediakan oleh petugas. Sesi soal jawab dengan petugas PI Kg Gedong turut diadakan.