Laporan Mei – Advokasi KDB (Klik Dengan Bijak), Pengenalan Web: Mari Belajar Mengira 123 (Youtube) & Pertandingan Mewarna Digital (School Bus)

 

Tarikh

: 20 Mei 2019

Masa

: 8.00 pagi – 11.00 pagi

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 9 Orang

 

Tujuan

Memberikan peserta pendedahan menggunakan laman web sebagai medium pembelajaran dan meningkatkan kreativiti peserta melalui aktiviti mewarna digital. Peserta diuji kemahiran mewarna secara online. Memperkenalkan laman web youtube sebagai sumber rujukan untuk mendapatkan maklumat dan sebagai hiburan pendidikan. Menambah pengetahuan ICT para peserta. Menarik minat para peserta untuk mengikuti kelas di PI Kampung Gedong. Meningkatkan kesedaran penggunaan internet para peserta. Mempromosikan PI Kampung Gedong serta menambah keahlian PI Gedong sedia ada. Menjadikan peserta berfikir secara bijak ketika menggunakan internet dan lebih berhati-hati ketika menggunakan internet.

 

Aktiviti

Peserta didedahkan dengan Mewarna Digital iaitu www.coloring.pages4u.com. Peserta turut diajar cara untuk mengira nombor dengan menggunakan sokongan video dari youtube. Kelas ini dapat menarik minat para peserta untuk belajar ICT di PI Kampung Gedong. Seterusnya peserta mengikuti pertandingan mewarna secara online mengikut arahan yang diberikan oleh petugas. Peserta juga dipandu cara menggunakan laman web youtube dan video pendidikan yang sesuai mengikut kategori mereka yang masih lagi tabika. Peserta menonton tayangan video KDB yang disyorkan SKMM. Petugas memberi serba sedikit penerangan kepada peserta bagaimana menggunakan internet secara berhemah.

 

Gambar Di Sini