Laporan Mei - Advokasi KDB (Online Games), Pengenalan Web: Mari Belajar ABC (Youtube) & E-Learning (Pertandingan Jigsaw Puzzle Online)

 

Tarikh

: 21 Mei 2019

Masa

: 8.00 pagi – 11.00 pagi

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 9 orang

 

Tujuan

 

Petugas menyediakan tayangan video yang bermanfaat untuk para peserta memahami keselamatan ketika melayari internet dan bagaimana untuk mengelak diri daripada terjebak dalam permainan internet yang melalaikan. Pelbagai tips keselamatan menggunakan internet diberikan oleh petugas kepada para peserta dan meningkatkan ilmu pengetahuan kepada peserta tentang penggunaan internet yang betul. Aktiviti sampingan pertandingan jigsaw puzzle online turut diadakan bagi menguji kemahiran berfikir dan ketangkasan para peserta dalam menyelesaikan puzzle. Mempromosikan PI Kampung Gedong kepada para peserta. Selain itu, menambah pengetahuan peserta dalam pendidikan seperti mempelajari ABC dengan menggunakan youtube. Para peserta menjadi minat untuk berkunjung ke PI Gedong.

 

Aktiviti

 

Peserta  diperkenalkan tentang klik dengan bijak dimana ia adalah program kesedaran ke atas pengguna supaya lebih berhati-hati ketika melayari internet dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, petugas menyiarkan tayangan video klik dengan bijak dan video yang bermanfaat untuk menjadi contoh kepada mereka supaya dapat berfikir yang mana baik dan buruk patut diikuti apabila melayari internet. Selain itu, petugas menasihati peserta supaya tidak leka bermain permainan online. Petugas memberi galakan kepada peserta untuk bermain permainan yang berkaitan dengan pendidikan seperti jigsaw puzzle online. Para peserta mempraktikkan apa yang diajar petugas supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan internet serta tidak terjebak ke dalam aktiviti yang tidak berfaedah. 

 

Gambar Di Sini