LAPORAN MEI
TARIKH |
: 23 MEI 2019 |
MASA |
: 8.00 PAGI - 11.00 PAGI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: BELIA (5 ORANG) |
Tujuan
Memberikan ilmu pengetahuan kepada perserta tentang kemahiran usahawan yang ada pada seseorang usahawan seperti upload produk ke dalam My Shop. Peserta diperkenalkan My Shop iaitu modul yang terdapat dalam Dashboard Komuniti. Peserta mempelajari cara mempromosi produk secara atas talian. Mendidik peserta agar menjadi pengguna internet yang bijak dan bertanggungjawab. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI Kampung Gedong dan aktiviti yang diadakan di PI. Peserta diterangkan mengenai asas keusahawanan. Selain itu, peserta diperkenalkan salah satu modul dashboard komuniti yang lain iaitu My Soal dimana para peserta mempelajari cara menggunakan dashboard komuniti My Soal. Mereka dapat menghantar sebarang aduan mahupun cadangan kepada Pihak PBT. Sekiranya terdapat masalah atau isu di kampung, mereka boleh terus hubungi pihak PBT. Dashboard Komuniti dapat menarik minat peserta untuk pergi ke PI Kampung Gedong.
Aktiviti
Peserta diberikan taklimat usahawan perniagaan mengenai asas usahawan dan ciri-ciri usahawan yang berjaya. Mengajar cara membuka laman dashboard komuniti serta diperkenlkan dengan modul My Shop dan My Soal. Petugas mendidik peserta untuk mematuhi dan menjadi penguna internet yang bijak serta mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta. Petugas membimbing para peserta mengisi mengisi maklumat yang lengkap sebelum upload produk ke daalm My Shop. Sebelum upload produk, peserta juga melihat video dashboard komuniti dan mendengar penerangan daripada petugas. Ia bertujuan menambah pengetahuan peserta dan menjadi mahir menggunakan dashboard komuniti. Peserta juga dapat menghantar aduan dan cadangan kepada pihak PBT sekaligus dapat mempromosikan produk tempatan secara online. Ia sekaligus meningkatkan pendapatan para usahawan dan belia tempatan yang baru menceburi diri dalam bidang perniagaan.