LAPORAN JUN

TARIKH

: 23 JUN 2019

MASA

: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: TERBUKA (75 ORANG)

 

Tujuan

Peserta diterangkan mengenai Klik Dengan Bijak. Pelbagai tips keselamatan menggunakan internet diberikan oleh petugas kepada para peserta. Mendidik peserta agar menjadi pengguna internet yang bijak dan bertanggungjawab. Memberi kesedaran kepada pengguna tentang jenayah siber yang makin berleluasa dan menguji kemahiran berfikir para peserta dengan menjawab kuiz KDB yang telah disediakan oleh petugas.

 

Aktiviti

 

Petugas memulakan aktiviti dengan memperkenalkan KDB (Klik Dengan Bijak) kepada para peserta. Petugas memberi penerangan berkenaan KDB seperti yang disyorkan oleh SKMM. Peserta mendengar penerangan daripada petugas PI Gedong. Sesi soal jawab turut diadakan sepanjang aktiviti. Petugas turut menyediakan soalan kuiz kepada para peserta untuk dijawab. Pelbagai hadiah menarik turut disediakan bagi peserta yang dapat menjawab soalan berkenaan KDB.

 

GAMBAR DI SINI