TARIKH |
: 13 JULAI 2019 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PPKI SEK RENDAH/OKU (5 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan Microsoft Office Power Point. Peserta mempelajari cara menggunakan Microsoft Power Point, dipandu cara membuat slaid, menambah slaid pembentangan, memasukkan teks ke dalam slaid dan menukar template/design slaid pembentangan mengikut kreativiti masing-masing. Aktiviti sampingan mewarna online meningkatkan kemahiran mewarna para peserta menggunakan brush paint.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan Microsoft Office Power Point. Peserta diuji kemahiran membuat slaid pembentangan secara individu. Selain itu, para peserta mempelajari coloring pages (mewarna online).