LAPORAN JULAI
TARIKH |
: 18 JULAI 2019 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: SEK RENDAH & SEK MENENGAH (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan Dashboard Komuniti. Peserta mempelajari cara menghantar aduan ataupun sebarang cadangan kepada pihak PBT. Peserta diperkenalkan dengan Modul My Soal dengan lebih terperinci lagi berdasarkan panduan slaid pembentangan yang disediakan oleh petugas PI Gedong supaya mereka lebih cepat faham.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan Dashboard Komuniti kepada peserta. Selain itu, peserta mendengar penerangan daripada petugas tentang Modul My Soal dan sesi soal jawab di antara peserta dan petugas turut dijalankan.