LAPORAN OGOS
TARIKH |
: 5 OGOS 2019 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: SEK RENDAH & SEK MENENGAH (10 ORANG) |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan keselamatan penggunaan internet para peserta serta memberi tips keselamatan penggunaan internet kepada peserta. Peserta akan lebih bijak ketika menggunakan internet. Memberi kesedaran kepada pengguna supaya berwaspada ketika membeli smartphone. Menasihati peserta supaya tidak menggunakan telefon bimbit ketika bercas dan menyemak label telefon bimbit yang dibeli.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan klik dengan bijak iaitu Check Your Label. Peserta menyaksikan tayangan video KDB seperti yang disyorkan oleh SKMM bagi menjadikan peserta pengguna internet yang bijak. Petugas menasihati peserta supaya menggunakan internet dengan berhemah dan memastikan smartphone yang dibeli adalah original dan bukan tiruan bagi meningkatkan keselamatan kepada pengguna. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.