LAPORAN OGOS
TARIKH |
: 6 OGOS 2019 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: SEK RENDAH & TABIKA (22 ORANG) |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan keselamatan penggunaan internet para peserta serta memberi tips keselamatan penggunaan internet kepada peserta. Peserta akan lebih bijak ketika menggunakan internet. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ICT para peserta terutamanya dalam Microsoft Office Word. Mengenali komponen yang terdapat dalam Microsoft Office Word. Mempelajari cara menukar jenis dan saiz tulisan.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan klik dengan bijak iaitu Online Grooming (Cyberstalking). Peserta menyaksikan tayangan video KDB seperti yang disyorkan oleh SKMM bagi menjadikan peserta pengguna internet yang bijak. Petugas menasihati peserta supaya menggunakan internet dengan berhemah dan berhati-hati dengan jenayah siber yang kian berleluasa. Peserta dipandu cara menggunakan Microsoft Word. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.