Tujuan

 

Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan keselamatan penggunaan internet para peserta serta memberi tips keselamatan penggunaan internet kepada peserta. Peserta akan lebih bijak ketika menggunakan internet. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ICT para peserta terutamanya dalam Microsoft Office Excel. Mengenali komponen yang terdapat dalam Microsoft Office Excel. Mempelajari cara membuat Calendar menggunakan template excel.

 

Aktiviti

 

Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan klik dengan bijak iaitu Teknologi & Anda (Face App). Peserta menyaksikan tayangan video KDB seperti yang disyorkan oleh SKMM bagi menjadikan peserta pengguna internet yang bijak. Petugas menasihati peserta supaya memainkan peranan sebagai warga digital dengan cara berhati-hati menggunakan aplikasi yang tersedia bagi melindungi maklumat peribadi daripada diceroboh orang luar. Peserta dipandu cara menggunakan Microsoft Excel. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan. 

 

GAMBAR DI SINI